Friday, 13 December 2013

My Story - Rendang Ayam Berkuah Mamaliz

Salam semua :)

Saya suka masak.......makan lagi la suka :D
Rendang adalah satu juadah yang saya akan masak bila tiba hari-hari raya dan kalau rasa teringin nak makan :)


Bahan2:

Ayam (seekor)
Kerisik (2 sudu besar)
Santan (sekotak kalau guna yang kotak)
Daun limau purut (5 helai)
Daun kunyit (5 helai) - dimayang
Minyak (dalam 1/2 mug biasa)
Air (dalam 1 mug biasa)
Garam (2 sudu kecil atau ikut suka)

Bahan untuk dikisar:
Bawang kecil - 10 biji
Bawang merah besar - 3 biji
Bawang putih - 5 biji
Serai - 5 batang
Lengkuas - 1 inci
Cili kering - 15 tangkai
Cili padi - 7 biji (ikut nak pedas mana)

Bahan untuk diketuk/dititik:
Bawang putih - 2 biji
Serai - 3 batang

Cara2:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang diketuk.
2. Masukkan bahan2 yang dikisar...sampai naik bau semerbak :) (dalam 2-3 minit je).
3. Masukkan ayam, gaulkan rata dan biarkan sebati dengan bahan2 yang dikisar tadi, dan agak2 ayam tu masak diluar sikit (dalam 5 - 7 minit).
4. Masukkan santan dan air...gaul sampai mendidih...dah mendidih boleh la kecikkan api sikit.
5. Teruskan menggaul sekali-sekala (sebab takut melekat kat kuali).
6. Bila ayam dah masak, masukkan kerisik, daun limau purut, garam dan daun kunyit. Gaul rata dan masak atas api lagi 5 minit (atau sampai minyak pecah).

Ok, dah siap!
Bagi sape2 yang x suka berkuah, teruskan masak dengan api yang kecil dan rajin2 lah menggaul - tak nak lekat kat kuali.

Settle!  Boleh la cuba2 resepi simple ni ye kawan2 :)

I Love My Life!

Love & Respect
:-D

No comments:

Post a Comment